LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMEEN
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah.
Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
SURAH AL-ANBIYAK(21) :87
Lama tak buat sentuhan dekat blog ni, =)
Apa2 pon alhamdulilah masih ada kesemptan aku diberikan untuk menitiskan sedikit pandangan dan
isi hati ini,Semakin kita asyik mengejar masa yang teramatlah lajunya kita terlupa yang apa yang kita kejar adalah duniawi yang sentiasa tak pernah cukup,
Tersentap dari masa yang sering kita terlepas kita sebenarnya masih dikurniakan dengan banyak peluang dan kesempatan,sedang kita leka menulis dan menyajak puisi indah untuk maknusia kita lupa mengirim zikir dan doa kita pada Allah.Adakalanya kita menjadi alpa pada dunia yang dihiaskan dengan pelbagai keindahan sedangkan ianya ciptaan allah,Dikancah dunia seberang nun jauh disana ramai saudara-saudara kita yang jauh yang ditimpa peperangan dan kancah kekejaman maknusia yang tidak pernah puas dan buas,Boleh dikatakan kita tahu dan cuba untuk membantu saudara-saudara kita yang jauh disana tapi berapa lamakah simpati itu ada pada nurani kita,sedang mereka memerlukan doa dan bantuan dari saudaranya dan adakah kita sedang membantu mereka..Kejamnya aku sedang saudaraku memerlukanku entah dimana aku berada tika itu,masa itu lebih bernilai dari emas permata yang jauh lebih mudah dicari dan dimiliki..[Sambungan] =)

No comments:
Post a Comment